Sunday, March 6, 2011

Kaum lelaki...betul ke???

astaghfirullahalazim.....Benarkah ?Iyakah ? Betul ke wahai kaum lelaki sekarang ? Alangkan indahnya semua lelaki kat dunia macam nie..amin...Tapi saya yakin semua lelaki macam nie kan..kan...iya! Kamu semua baik sangat! Tidaklah Allah ciptakan kamu dengan sia-sia ~tegur saya jika salah~ Mula bace article nie..terusik kalbuku sebagai seorang perempuan...Terima kasih atas nasihat ini! Haaaa! baca tau semua...hari nie entry aku serius sikit, yela...tak kan nak melawok je kan...bab kata pepatah melayu ***jangan suka sangat nanti sedih** =)..eh! teringat pulak time sekolah dulu ada seorang mamat nie...nama nya Firdaus Othmarani
selalu ingat kan group aku time sekolah...( jangan suka sangat, ingatkan mati) terdiam aku satu group =)..tapi terima kasih la firdaus..benar kata-kata kamu!~~ingatkan aku yang alpa ini...eh! bebel je kau nie sakinah..bedebuk! amik ko ubat..=p ok jom layan surat nie...ade orang pos laju kat aku....=)

5 Sept 2007

23 Syaaban 1428 H



Berikut adalah emailnya :

Assalamualaikum,



(minta admin padam nama saya sebelum release)



Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).



95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.



Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni oranglelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...



Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...



Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orang warakk.. aku bukan orang alim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan.. (sumber dari: www.zaharuddin.net)

~~ustaz! mohon culik article nie ya...jgn marah ye ustaz...=)

ok da bace??? apa macam ??? haaaa....so sakinah nk ckp
LU PIKIR LA SENDIRI

3 comments:

  1. tulah yang selalu dialami lelaki.bukan senang tau bila dalam situasi begini.hanya Allah yang tahu...
    jadi pada kaum hawa,ingatlah.hargai dri kamu.x perlulah nk tunjukkn segalanya.takut nnt dh xde apa yang menarik tuk didedahkan pada suami mu....

    jangan pandang2,jangan pegang2...
    duduk rengang2,bertambah sayang...
    biar malu2,biar tau segan...
    kerana malu itu perisai orang beriman~~

    ReplyDelete
  2. “Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan (2) WANITA YANG BERPAKAIAN TAPI TERLANJANG, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka UMPAMA BONGGOL-BONGGOL UNTA yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

    “Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri ORANG MU'MIN: "Hendaklah mereka MELABUHKAN jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang”. (al-Ahzab: 59)

    ReplyDelete
  3. syurga terpuji: firdaus....malu nya aku sebagai seorang perempuan...bila aku bace komen pertama ko!

    ReplyDelete