Sunday, November 6, 2011





Aku adalah pendosa,
Disisih manusia atas kesilapan lama,
Kononnya telah berada di neraka
Dan tiada harapan untuk berpatah semula

Tetapi aku tidak berputus asa,
Tetap mendaki gunung perubahan diri,
Walau tersungkur semula berkali-kali,
Memang manusia di sekeliling terus mengeji
Menghulurkan tangan jauh sekali
Namun itu semua tidak mencalarkan hati

Mengapa?
Kerana Dia yang menilaiku
Manusia mungkin berputus asa denganku
Tetapi Dia kekal memberikan peluang
Manusia mungkin hilang kepercayaan kepadaku
Tetapi Dia setia memberikan waktu
Manusia mungkin putus asa denganku
Tetapi Dia sedikitpun tidak memalingkan wajahNya Yang Maha Mulia itu

Sungguh jatuh lagi aku naik semula
Walau seluruh dunia telah meninggalkan aku keseorangan sahaja
Kerana yang menilai aku bukanlah mereka
Tetapi Dia Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang atas segala-gala


No comments:

Post a Comment