Sunday, November 6, 2011





Aku adalah pendosa,
Disisih manusia atas kesilapan lama,
Kononnya telah berada di neraka
Dan tiada harapan untuk berpatah semula

Tetapi aku tidak berputus asa,
Tetap mendaki gunung perubahan diri,
Walau tersungkur semula berkali-kali,
Memang manusia di sekeliling terus mengeji
Menghulurkan tangan jauh sekali
Namun itu semua tidak mencalarkan hati

Mengapa?
Kerana Dia yang menilaiku
Manusia mungkin berputus asa denganku
Tetapi Dia kekal memberikan peluang
Manusia mungkin hilang kepercayaan kepadaku
Tetapi Dia setia memberikan waktu
Manusia mungkin putus asa denganku
Tetapi Dia sedikitpun tidak memalingkan wajahNya Yang Maha Mulia itu

Sungguh jatuh lagi aku naik semula
Walau seluruh dunia telah meninggalkan aku keseorangan sahaja
Kerana yang menilai aku bukanlah mereka
Tetapi Dia Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang atas segala-gala


Friday, August 12, 2011


........Assalamualaikum......
sila nyayi lagu ini dengan suara Ella

`ku tahu kau rindu sejak ku meninggalkan mu'

Hehehe...kau kenapa sakinah ?Jadi minah jiwang tak tentu pasal...PANG!!! amik kau! OK2 aku tahu aku bukan blogger yang terkenal kan...so jangan nak perasan orang rindu entry ko...OK STOP MENGARUT!.. masih belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-mubaraq...nape ek aku da lame sangat tak updatet blog...meh aku bagi taw sikit..suka aty aku la nk bagi taw apa pon..ni blog sakinahhamzah kan! ~dengan gaya belagak~

korang buat-buat la ikhlas nk taw k...=)

1) Sangat lah sibuk membuat laporan industri

2) weh ,aku da dok ostel di poli pd..internet nya ikut ramalan kaji cuaca..agak-agak cerah poli nie..ade la lain internet nya yerk! pe leh buat nk beli berukband tak de duit..=)

3)Aku..mencari ilham untuk menulis blog..~sebenarnya no idea~ :)

4) dan kini aku sangat sibuk di sem 5 ...


munasabah ke alasan aku nie?

biar la

blog aku kan

ok

bye!


~abg hassan nk berkenalan boleh???...hahahah~

ok

baru

bye...bye..


Sunday, April 17, 2011

ENGKAULAH Sebaik-baik Pencipta



Hati ini, di kala ini

Serasa mahu menangis

Meluahkan sgla yg terpendam

Bila mana segala masalah dtgnya bertimpa2

Tanpa diundang
Diriku menyesali hari2 sepi

Yang kutinggalkan tanpa pengisian

Benarlah kata2 kalam itu

"Lapang sebelum sempit"

Dan aq mulai merasa kesempitannya

Ya Allah

Seandainya benar apa yg Engkau berikan ini

Adalah kifarah kelalaianku

Aq bersyukur padaMU

Engkau masih lagi memberikan rasa ini kepdaku

Membuatkan aq menangis di hadapanMU

Meluahkan segala yang menyesakkan ini

Ya Rabb

Janganlah kerisauan dan kebimbanganku

Terhadap urusan dunia

Melebihi kerisauan dan kebimbanganku

Terhadap urusan akhiratku

Meski aq pernah lalai terhadap urusan akhiratku

Tetapi aq yakin akan ar-Rahman dan Ar-RahimMU

Dari itu

Ampunkanlah dosaku

Yang banyaknya seakan2 pepasir di pantai

Bantulah hambaMU ini

Permudahkanlah urusanku

Berkatilah perjalanan hidupku

Aminn ya Rab,,

Andai kau tahu....Apa yang ku mahu...

"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik ya~… -Amin, UK-"

Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun. Aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah lah pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.

Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung sama ada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster.

Dan ketika itu. Aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu lah sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.

Di KL. Aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak.

Aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…

Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan mereka kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sikit. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sikit lah pendek cerita!."

"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.

"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.

Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!

"Erh, abaikan saja lah. Saja saja saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.

Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini.

Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun. Aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli.

Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'

Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya.

Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.

Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.

'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.

"Esok free tak? Boleh kita chatting?"

"Boleh... Saya free saja." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday. Aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.

"Ok.thank you..." balasnya pula.

Keesokannya. Aku menanti awal dia online.

'untuk. untuk. untuk..' Amin has signed in.

Oh, tepat sungguh waktunya...

Amin: assalamualaikum wbt.

Wani: wsalam…

Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

Wani: alhamdulillah. .. sihat2..=) awak?

Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tapi tak mengapa, ok saja semua

Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the birthday wish last week...

Amin: welcome… tak balik. banyak kerja sikit tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...

Wani: wah, rajinnya... baguslah!

Amin: hurm...

Amin: study macam mana?

Wani: ok saja... new sem ni berat sikit.. Jadual pack.

Amin: oic...

Amin: tak mengapa, study rajin2 ye..

Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…

Amin: hurm…

Wani: apa dia? tanya lah… sila2..

Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'… tak lebih daripada tu… tapi, special sikit… tiada couple-couple macam org lain… declare pun tak kan?

Wani: so, statusnya kawan saja lah…

Amin: hurm…

…..

Wani: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion saja lah - antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri sahaja… yang lain-lain.. atas alasan apa sekali pun ia tak patut diterima..

Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…

Wani: jadi…

Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…

Amin: sebab……

Amin: sebab saya sedar yang semua ini adalah salah dan juga keliru…

Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…

Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'…

Amin: huh…

Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…

Amin: kononya Islamik…

Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sebenarnya yang dah menyarungkan benda yang tak baik ni dengan Islam… then, org nampak Islamik…

Amin: saya rasa tak ada beza pun kita dengan org lain yang duduk ber'couple2' ini..

Amin: hurm…..

Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…

Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…

Amin: sorry… sorry banyak-banyak untuk segala apa yang telah kita buat…

Amin: dan sorry juga sebab telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…

Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…

Astaghfirullahalazi m. Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…

Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…

Cinta hakiki hanyalah pada Allah…

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.

Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.

Aku terus menjawab ringkas….

Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…

Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.

Wani: wassalam.

Signed out

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulail, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya.

Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah. . Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.

"Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai." Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.

"Ya bang, Wani turun…"

Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan 'presentation' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program 'Belia Negara 2057' esok.

Wednesday, April 6, 2011

Selamat Hari Lahir sakinahhamzah

tima ksh cik google...

happy birthday to me...happy birthday to me....
heeee....tu je utk entry kali
7 april 1991


~first time entry aku pendek~
biar r
^_^

Tuesday, March 29, 2011

``Heloo~ Perempuan Boleh Buat Apa Saja Dengan Menutup aurat k "

Eh ko kenapa nie ?? tetiba je ?? PANG!! amik kau...
Heeeee...Apa yang menyebabkan aku tergerak hati nurani menulis tajuk Entry nie
Ini lah masalah-masalahnya...Antaranya ialah:

1-Semalam aku sakinahhamzah , fiza berangan Mat Jenin..Lepas belajar (Amin..Insyaallah)
NAK JADI business woman . Tapi berfikir sejenak ~~~Aku nak jual apa ek?? Aku nak niaga apa??

2-Bila pergi jogging di kompleks belia dan sukan paroi . Bila tengok kaum perempuan yang bertudung berjongging PELIK ?? Kenapa ya tak de pereka fesyen terkemuka yang meletop tu berlumba-lumba reka baju muslimah?? (untuk berjongging) menepati syarat

3-Aku ini seorang pelajar politeknik port dickson Eh promote poli nampak..Biar r! heee
Tekejut tengok perempuan yang bertudung lengkap ketika ke kuliah ketika ke kedai..Tapi bila mandi manda di pantai PORT DICKSON...eh! da togel da kepala dia...kenapa??

4-Tengah la duduk-duduk tengok TV..tekan channel 801 (sport only) Eh! Perempuan main bola lah..Power la...Tapi?? kenapa tak tutp aurat???

5-Ramai nya artis di malaysia...cantik-cantik belaka...tapi ramainya tak tutup aurat..Nak cakap baju tak sesuai....banyak je pereka fesyen buat baju muslimah yang cun melecun..yang sesuai untuk artis..tapi PELIK nape tak pakai tudung???

Usah risau Usah gentar anda buntu?? anda gelisah?? anda dihantui??

SAYA ADA PENAWARNYA !!
SAYA ADA UBATNYA !!
SAYA AKAN MENYELESAIKAN !!


1-Nie penyelesaian masalah untuk sakinahhamzah . Kini kamu boleh ^__^



<--nie lah aku bila da jadi business woman!

Aku akan mereka semua design baju muslimah untuk apa jua aktiviti ---------------------------->

Ok! angkat tangan semua..Tadah tangan...And say AMINNNNNNN.........=)


2- Nak berjongging bagi muslimah....Ini dia =)
*macam ku kenal ini budak tapi Dimana Ya??? heeee=)



3-Jenis masalah : apa?? takde baju yang sesuai nk bermandi manda??

Haaa! amik ko! tgk ini....swimming suite aku kasi kau =)







4-haaa...nie pulak baju yang sesuai untuk bersukan















5- Penyelesaian ke-5..........Eh lagi cantik la die pakai tudung..seyes cantik....!

















Kamu..kamu..Dan kamu semua ....wanita/perempuan/remaja perempuan sangat-sangat cantik bila menutup aurat..So semua doakan aku jadi pereka fesyen yang berjaya untuk aku mencipta segala baju muslimah yang cun melecun untuk kita semua=) muslimah kerana pada kaum hawa,ingatlah.Hargai dri kamu.x perlulah nk tunjukkn segalanya.takut nnt dh xde apa yang menarik tuk didedahkan pada suami mu....nie nasihat buat kau sakinahhamzah! tak rugi buat baik...dah tutup aurat tu..alhamdulillah,cuba la tutup lagi sempurna ya sayang....


Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.


~aku sakinahhamzah memohan maaf jika ada yang terase...aku cuba ingat kan diri ku yang alpa ini..dan untuk semua...kita semua baik tetapi kekadang kita lupa...=) biasala nama pun manusia...=)

Tuesday, March 22, 2011

DOWN SYNDROME

-Ilham aku datang dari sini http://www.iluvislam.com

- Dan aku juga mempunyai seoarang adik DOWN SYNDROME , sebelum nie aku dah tulis enrty ini sakinahhamzah .


Wajah-wajah mereka ...

~Ini adik sakinahhamzah~ sayang kamu selamanya~















Antara yang ingin anda ketahui :-

Apa itu Down Syndrome ? (ini ialah pendapat aku)

Mereka ini merupakan insan yang teristimewa yang Allah kurniakan kepada seseorang . ingat janji Allah `Tidaklah Allah Menciptakan Sesuatu Itu Dengan Sia-Sia" Sesungguhnya Dialah Sebaik-Baik Pencipta. Mereka ini penyeri sebuah keluarga. AKU INSAN YANG SANGAT MENGHARGAI MEREKA ..click sini untuk lebih mengetahui lebih lanjut .

Ciri-Ciri fizikal Down Syndrome ?

SIFAT PADAKEPALA, MUKA DAN LEHER

Pangkal hidungnya kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam. Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar . Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur.


SIFAT PADA TANGAN DAN LENGAN
Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan "simian crease".

SIFAT PADA KAKI
Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki.

SIFAT PADA OTOT
Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.

Pembesaran mereka

Kanak-kanak Sindrom Down secara keseluruhannya mengalami kelewatan perkembangan . Pada peringkat awal pembesaran mereka mengalami masalah lambat dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat untuk berjalan, dan bercakap.

Kenali mereka , dampinggi mereka

Kenali mereka , dampinggi mereka~~Tapi bagi aku ciri ini jugak sedikit sebanyak ada pada manusia biasa~~YANG SEMPURNA~~wahai anak down sydrome jiwa kamu lagi murni dari manusia sempurna sifat nya, kerana manusia hari ini seperti binatang!

Tengok nie :http://www.google.com.my/images?

Ciri mereka;-

Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.
- Sukar menerima arahan.
- Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa.
- Menyebut huruf - huruf yang tidak tepat / salah, bertukar - tukar.
- Meninggalkan huruf, sukukata atau perkataan ketika membaca dan menulis.
- Tulisan Sukar dibaca.
- Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.
- Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun
- Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah
- Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.
- Penyusunan idea yang tidak teratur.
- Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.

(Golongan kamu ini hina di dunia...di akhirat nanti kamu insan yang disanjung tinggi...syurga buatmu sayang)

Perkara yang tidak boleh dilakukan;-


1-Jangan sekali pandang hina pada insan ini.
2-Jangan takut pada mereka (layan seperti manusia biasa)
3-Jangan buli...jangan cuba ambil kesempatan..
4-Jangan kurang ajar pada mereka
5-Jangan ejek kekurangan mereka
6-Jangan asingkan mereka

Kerana jika anda melakukan perkara dia atas secara tak langsung , anda telah mencaci ciptaan Allah..Dan kita tak tahu esok lusa perjalanan hidup kita macam mane..Hidup ini ibarat roda kekadang di atas dan kekadang kita di bawah...

.....................terima kasih sudi membaca luahan hati ini...................
seorang kakak


>cukup tak tisu ?? heheheh

>Aku menulis bukan kerana mengharapkan kan kasihan! cuma aku ingin tekan kan perikemanusiaan yang kian mati pada manusia hari ini ..